Maharaja Lawak- Edisi Pecah Perut

Yay..kiteworang kembali lagi... haish..tidak banyok entri yang dipostkan seolah-olah memang kena dengan name blog ni...ahahah..tapi tidak apa, sekurang-kurangnye ianya masih ada post dari tidak ada..

Ok..Hari ni nak cerita sikit pasal satu program terbitan astroman ni... Maharaja Lawak.. Ini bukan filem Merong Mahawangsa mahupun Mahakarya Cinta, tapi ini adalah kesinambungan dari Raja Lawak yang sedia ada...cuma ianya mengumpulkan finalist-finalist Raja lawak yang dah bermusim-musim dan mereka ini merebut gelaran Maharaja Lawak.. Aumm..

Cuma satu saja, ianya disiarkan di saluran yang perlu di subscribe tidak seperti yang dolu-dolu... ianya disiarkan di Astroman Warna.. auuw.. satu taktikal untuk membuat keuntungan dari Astroman... Kiteworang rase mesti ramai yang nak langgan bende ni..pasal apa? pasal nak kasi pecah perut kan...? ahaha

Ok la.. Ni ada satu video calon Maharalawak yang kiteworang rasa terbaik lawaknye...even dorang ni kurang popular tapi kiteworang rasa lawak yang dorang middlekan memang terbaik dan len dari yang len.. Ok.. Enjoy..


+Powered by Youtube+

Pemergian Sahabatku..

Salam Geng...

Ops.. Keworang jengan salah sengka pada title yang aku taip tu...

Sobonar eih Pemergian sahabatku bukanlah ke alam yang dijanjikan tapi ke Bandung, Indonesia..Ahaha.. macam nek aram je title tu kan... Aku bukan ape, rase dengki dan iri hati je sebab aku tak dapat pergi...Cehh Ayat!!

Pepepun pada sahabat aku yang sedang dalam perjalanan ke LCCT sekarang ni..hati-hatilah dan sentiasa mengamalkan 5J:-



                      J Pertama     - Jangan Lupa Solat
                      J Kedua        - Jangan Main Perempuan
                      J Ketiga        - Jangan Over Excited
                      J Keempat    - Jangan Lupa Mak Ayah
                      J Kelima        - Jangan Lupa Beli Souvenier utk kami disini..


Ahahah... Selamat BerCOooooOOOoooTTTTTiiiii~~~!!!!!!!!

Sampah Adakalanya Bermakna!

Salam Geng..


Petang tadi ada la sorang mamat di Facebook meng-comment tentang blog kami.. Katanya "Url blog kau ni macam hina blogger je". So aku pun jawab la... Blog ni bukan la untuk menghina sesape..sekadar nama saja...

Untuk pengetahuan keworang..Pengertian bagi 'Sampah' bukanlah seperti yang ada di dalam kamus dewan mahupun kamus bilik.

 Pada Pengertian kiteworang, 'Sampah' adalah disebaliknya.. Ia diterjemahkan oleh kiteworang dengan gaya lenggok dan pemahaman yang begitu mendalam dan jika dikaji semula, kadang sampah-sampah lah yang boleh mendatangkan pendapatan... Cuba Fikirkan kembali... mungkin anda akan dapat jawapannya dalam masa kurang dari 5 saat sahaja... Sudah fikirkan? Bagus!!

Jadi pada mereka yang terasa hati, terancam jiwa... usahlah risau.. Ini Hanyalah Sebuah Blog!!

Sekian, dimaklumkan..

Sampah itu Sarap atau sampah itu sarapan.. fikirlah sendiri..!!

pendapatan sebenar ... Dalam Botol

Salam geng.

Pecite ni?
Hari tu kata dapat hasil sampai RM 1j?
Saja-saja nak buat kontroversi murahan ke hape?
Sekarang ni Finas balas sebenarnya hanya dapat RM0.31j je.




( gambar + klik mouse = gambar besar )



Sumber: finas.gov.my

Cecite Raja Azmi!





Sekian.

Semalam Dalam Sejarah

Salam geng.
Semalam, masa kitaorang sedang berbincang untuk membina blog ni, kecoh apabila seorang lagi rakan, memberitahu ada kejadian pembunuhan di Blok 41, Flat Sri Perak betul-betul dekat dengan tempat kitaorang berkumpul.

Dimana seorang nenek berusia menjadi mangsa. P. Veeramah, 79, mati dengan kesan kelar dileher ditemui terbaring dihadapan lif, 20meter dari rumahnya di tingkat 8, blok 41, Flat Sri Perak dekat Bandar Baru Sentul.



Menurut Ketua Polis Sentul, Assisten Komisioner Zakaria Pagan, siasatan awal mendapati kejadian mungkin bermotifkan samun sebelum mangsa dibunuh berikutan anting-anting dipakai mangsa hilang, namun siasatan masih lagi dijalankan.






Sekian.

Dari Meja Editor

Salam geng.
Selamat datang ke blog Blogger Sampah.
Satu blog projek dari Nakama Art Clothing.

Siapa aku? Adakah aku itu bermaksud kami?
Siapa pula Nakama Art?

Semua akan terjawab di dalam blog Blogger Sampah ini.




Sekian.